Langkah Anda Menuju Kecemerlangan Bahasa Inggeris Bermula Di Sini

Baca lagi berkenaan apa para ibu bapa dan pelajar-pelajar katakan berkenaan sesi pembelajaran bersama kami dan bagaimana mereka telah mendapat manfaat daripada program-program kami.

Apa Kami Tawarkan

Kelas bersaiz kecil seramai 10 orang

Pelajaran Bahasa Inggeris dan Penulisan yang interaktif melalui Zoom

Kuiz-kuiz Kahoot mingguan

Pemarkahan segera dan secara langsung

Write Edge Malaysia menawarkan kursus-kursus Bahasa Inggeris dan Penulisan untuk kanak-kanak berumur 8 hingga 15 tahun. Write Edge membantu pelajar-pelajar untuk membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan yakin!

Kurikulum dan pembelajaran Write Edge yang berstruktur dan berkesan membolehkan para pelajar kami belajar dengan lebih mesra dan produktif.

KENAPA pilih Write Edge Malaysia?

Lebih 10 tahun pengalaman dalam kurikulum penulisan kreatif

Lebih 5000 pelajar diajar dan dilatih oleh kami

Sejak 5 tahun yang lalu, 80% daripada pelajar-pelajar Write Edge memperolehi pangkat A / A* di Peperiksaan Kebangsaan Singapura

Di Write Edge, kami menerangkan matlamat pembelajaran besar kepada langkah-langkah kecil bagi membolehkan pelajar-pelajar kami memahirkan Bahasa Inggeris dan Penulisan dengan lebih mudah

Hubungi Kami

Hubungi pengurus-pengurus pusat atau pegawai-pegawai khidmat pelanggan kami melalui telefon +60 17-599 6077, pesanan bertulis atau emel. 

    Program-program Kami

    Penulisan Kreatif Peringkat Rendah

    Kelas-kelas Penulisan kami yang efektif boleh menyediakan anak anda dengan kebolehan menulis dalam bahasa Inggeris dengan fasih dan yakin. Teknik dan kemahiran penulisan kami berasal daripada Write Edge Singapura dan kami menawarkan asas-asas Bahasa Inggeris dan program-program penulisan yang kukuh untuk kanak-kanak berumur 8 hingga 15 tahun.

    Kemahiran Penulisan Kreatif dan Perbendaharaan Baru

    Para pelajar diajar bagaimana untuk menggunakan set-set kemahiran penulisan kreatif yang yang konsisten di dalam karangan mereka. Perbendaharaan kata yang baru akan diperkenalkan melalui tajuk-tajuk cerita yang berlainan setiap minggu.

    Penulisan Karangan

    Para pelajar akan menyiapkan karangan penuh di dalam kelas setiap 1 – 2 minggu. Setiap pelajar akan menerima maklumbalas terperinci secara bertulis pada akhir setiap pelajaran. Pelajaran-pelajaran kami adalah berstruktur berdasarkan kemahiran, penulisan berpandu, dan kelas-kelas penulisan yang bebas.

    Penguasaan Penulisan Peringkat Menengah

    Dengan berasaskan penulisan berstruktur sebagai salah satu kemahiran bahasa yang asas, kelas-kelas Penguasaan Penulisan Peringkat Menengah kami diolah agar para pelajar kami sentiasa diberikan pendedahan berterusan dan selalu mengimbau kembali dan memperkukuhkan kemahiran penulisan mereka kepada peringkat-peringkat yang semakin mencabar, selari dengan peningkatan mereka.

    Di Write Edge, kurikulum Bahasa Inggeris Menengah di kedua-dua peringkat kebangsaan dan antarabangsa memerlukan para pelajar mempunyai kebolehan untuk menggunakan teknik-teknik yang bersesuaian kepada topik-topik penulisan yang luas. Para pelajar kami akan diperkenalkan kepada siri-siri kemahiran yang penting dan amalan-amalan yang relevan yang boleh membantu mereka untuk memupuk semangat penulisan yang bermakna di luar kecemerlangan akademik.

    Program-program Pra-Menengah

    Kemahiran Penulisan Kreatif dengan Tatabahasa dan Perbendaharaan Tinggi

    Program-program Menengah

    Model Komposisi

    A Dilemma

    By Annabelle Chee, Class SL1

    (🌟* Began with a setting description! *) The glass door of the shopping mall slid open, as if welcoming him to its embrace. (🌟* personification! …

    Commotion Outside The Classroom

    By Celestyn Faye Collantes Tan, Y4, Class T2L3

    (🌟Story starter: Speech!) “Hence, Perfect Tense is used when we are talking about…. “Mrs Amirah explained as she gestured animatedly with her …

    The Worst Day of My Life

    By Giselle Chong, Y6

    (🌟Story starter: Speech!) “Nico Di Angelo, the hospital is calling you.” the teacher drawled as he handed the phone over. “Thank you, …

    Saving Mother Earth

    By How Kim, Y4

    (🌟Story starter: Speech!) “Goodbye, I will see you tomorrow!” Tom hollered and waved farewell to his friends. It was a sweltering afternoon …

    A Terrifying Incident

    By Jadon Peng de la Mar, Y3

     It was a beautiful sunny day, and the (🌟 *weather description*) sun was high up in the sky, white fluffy clouds drifting about sleepily. It was ..

    An Argument

    By Jervyn Lew, Y3

     (🌟* S+ST+AT!*) “Hurry up, we’re going to be late!” my mother hollered as she waited at the front door. As quick as a lightning, (🌟*simile!*) I …

    Guru-Guru Berkelayakan Kami

    Cikgu Nicolette

    Pengasas Bersama Pusat Pembelajaran Write Edge

    Master of Education in English Language
    National Institute of Education

    Bachelor of Arts (Hons.) in English Literature
    Nanyang Technological University

    Cikgu Nicolette ialah seorang pendidik yang berdedikasi, berdorongkan matlamat dan bersumber. Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun di dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris dan Penulisan. Beliau mahir di dalam mewujudkan persekitaran pelajaran yang selamat dan positif serta mempunyai matlamat-matlamat pembelajaran yang jelas dan…

    Cikgu Eileen

    Pengasas Bersama Pusat Pembelajaran Write Edge

    B.A. Business Management
    University of London

    Pengalaman mengajar selama 10 tahun
    Guru Penulisan Kreatif selama 5 tahun

    Cikgu Eileen ialah seorang pendidik yang bersemangat dan berpengalaman luas lebih 10 tahun dalam mengajar Bahasa Inggeris dan Penulisan. Beliau percaya bahawa menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mewujudkan kecenderungan pembelajaran yang positif akan membantu mereka.

    Cikgu Kelly

    Bachelor of Science (Hons), Psychology
    International Medical University

    Cikgu Kelly sentiasa mempunyai semangat yang tinggi terhadap bekerja dengan kanak-kanak. Sejak zaman persekolahan pada umur 14 tahun, beliau telah mula mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik. Apabila beliau semakin dewasa, cintanya kepada pengajaran tidak pernah luntur. Beliau berharap dapat menyemai kegembiraan belajar dalam semua pelajarnya, dan beliau sentiasa mencari cara yang menyeronokkan untuk menggalakkan penyertaan bilik darjah dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk palajar-pelajarnya.

    Cikgu Wendy Ong

    Bachelor Degree in Business Administration (BBA) (Hons) (Finance)
    Universiti Utara Malaysia ( Northern University of Malaysia)

    Mengajar Bahasa Inggeris sentiasa menjadi minat yang tinggi untuk CIkgu Wendy yang telah mula mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah sejak zaman persekolahan lagi. Sebagai ahli Toastmaster yang aktif, beliau juga telah meningkatkan minatnya dalam perucapan umum dan kemahiran berkomunikasi. Beliau ialah seorang guru yang penyabar dan pemurah serta amat gemar mengajar dan mendidik. Beliau percaya penulisan kreatif ialah kemahiran yang boleh diperolehi dengan bimbingan yang betul dan persekitaran…

    Cikgu Alea

    Masters of English Language Studies 
    University of Malaya

    Menjadi seorang penulis sentiasa menarik minat saya, menceritakan kisah-kisah, dan menawan minda pembaca. Walaupun begitu, kehidupan membawa saya menjalani peranan sebagai guru Bahasa Inggeris separuh masa hampir 10 tahun yang lalu di sebuah pusat bahasa yang mengajar pelajar sekolah rendah dan menengah rendah, serta mengendalikan Kem Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di beberapa negeri.

    Cikgu WoonKwan Siew

    B.A. (Hons), International Business
    Universiti Malaysia Sabah

    Cikgu Kwan ialah seorang guru Bahasa Inggeris yang penyabar dan baik hati yang mempunyai pengalaman membentuk para pelajar pra-sekolah dan sekolah rendah. Beliau yakin bahawa Bahasa Inggeris adalah menyeronokkan terutama sekali melalui penulisan kreatif. Dengan itu, beliau berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk dapat mengekspresikan diri mereka dengan menulis dan membentangkan pemikiran mereka di atas kertas. Beliau juga yakin bahawa setiap pelajar adalah berbeza, dan cuba sedaya upaya untuk mewujudkan hubungan yang bermakna dengan…

    Apa Ibu Bapa dan Para Pelajar Katakan Berkenaan Write Edge

    Ada apa-apa soalan? Kami suka membantu!

    Hubungi Kami Atau Mesej Kami Melalui Whatsapp:
    Operasi

    Selasa – Jumaat : 1pm-10pm
    Sabtu: 9-6pm
    Ahad & Isnin: Tutup

    Ditutup pada cuti umum dan
    cuti umum yang dipatuhi.

    Hubungi pengurus-pengurus pusat atau pegawai-pegawai khidmat pelanggan kami melalui telefon +60 17-599 6077, pesanan bertulis atau emel.